| Article Index |
|---|
| Penanaman Lada Secara Fertigasi |
| Pengenalan |
| Penanaman Lada |
| All Pages |
14 Apr 2009 |
Penanaman Lada Secara Fertigasi - Pengenalan
|
Page 2 of 3 Penafian : Nota berikut adalah didapati dari nota kursus dan juga pemahaman setelah mengikuti kursus yang dianjurkan tersebut. Ia adalah sebagai panduan dan bukan sesuatu yang mutlak kerana keberkesanan setiap teknik boleh diperbaiki mengikut pengalaman dan suasana tempat. Pengenalan Fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja dalam bentuk larutan atau cecair akan diagihkan terus kepada zon pemakanan pokok iaitu akar melalui satu sistem pengairan yang berjadual dan sistematik. Pada kebiasaannya sistem akan menitiskan baja yang telah disukat kandungannya dari takungan terus melalui paip-paip khas terus menitis kepada akar pokok tanaman. Keperluan Asas :
Kawasan penanaman menggunakan rumah lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah yang paling baik kerana ia akan dapat mengurangkan risiko makhluk perosak dan juga risiko kerosakan tanaman akibat hujan yang terlalu lebat kerana pokok lada atau cili adalah pokok yang agak lembut dan mudah patah. Namun untuk penanaman penanaman lada, memadai dengan memasang jaring di sekitar kawasan tanaman, namum serangga perosak perlulah dikenal pasti dan racun yang bersesuaian perlu digunakan. Penyediaan Tapak Bagi penanaman lada tapak seluas 40x70 kaki adalah sudah memadai untuk penanaman 500 pokok. Tapak perlulah rata dan tidak berbukit kerana ia akan mempengaruhi sistem pengairan yang akan dibina kelak. Tapak perlu ditutup dengan plastik Silver Shine untuk mengurangkan kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman dan ia akan membantu mengawal kebersihan kawasan penanaman. Biji benih boleh didapati daripada keda-kedai yang menjual benih lada dan ditanam ditapak semaian seperti dulang semaian plastik 104 lubang. Benih yang telah disemai memerlukan kawasan yang cukup matahari dan suhu yang sentiasa agak panas bagi tumbesaran yang anak yang baik. Siraman yang baik adalah semburan halus perlu dilakukan setiap hari menggunakan air bersih biasa tanpa sebarang nutrien kerana siraman adalah untuk mengekalkan lembapan sahaja. Benih perlu dipindahkan ke ladang setelah berumur diantara 20-25 hari. Hanya anak pokok yang sihat, subur dan daun yang sekata sahaja dipindahkan ke ladang. Last Updated ( Tuesday, 14 April 2009 16:12 ) |