| Article Index |
|---|
| Penanaman Lada Secara Fertigasi |
| Pengenalan |
| Penanaman Lada |
| All Pages |
14 Apr 2009 |
Penanaman Lada Secara Fertigasi
|
|
Penanaman Lada Secara Fertigasi Penggunaan kaedah fertigasi penanaman lada boleh dibuat secara intensif dan pengeluaran hasil boleh dipertingkatkan berbanding dengan cara tradisional namun bakal pengusaha atau usahawan tani perlu mendalami kaedah fertigasi dengan cukup berserta dengan tekad dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dari satu musim penanaman ke musim yang lain. Ini kerana pengetahuan teknikal fertigasi perlu dikuasai bagi mengurangkan kos "Trial & Error" sebelum teknik yang betul difahami sepenuhnya. Kebanyakkan pengusaha dan usahawan tani tanaman secara teknologi ini gagal kerana teknik tidak dipelajari dengan betul menyebabkan kos mempelajari melebihi kos pengeluaran hasil dan akhirnya terpaksa menamatkan projek tersebut. Sumbertani berpeluang untuk mengikuti Kursus Penanaman Lada Secara Fertigasi yang telah diadakan oleh Biro Pertanian dan Penternakan, Kampung Linau Kecil, Batu Pahat pada 11 April, 2009 yang sudah. Berikut adalah sebahagian daripada intipati yang didapati daripada kursus berikut. Kursus :Penanaman Lada Secara Fertigasi Anjuran : Biro Pertanian dan Penternakan, Kampung Linau Kecil, Batu Pahat, Johor. Tempat : Balai Raya Kg Linau Kecil, Bukit Pasir, Batu Pahat. Tapak lawatan : Ladang Projek Pertanian Fertigasi Kampung Linau Kecil ( PROPE LINKE ) Pengendali : En Rashid. Penafian : Nota berikut adalah didapati dari nota kursus dan juga pemahaman setelah mengikuti kursus yang dianjurkan tersebut. Ia adalah sebagai panduan dan bukan sesuatu yang mutlak kerana keberkesanan setiap teknik boleh diperbaiki mengikut pengalaman dan suasana tempat. Pengenalan Fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja dalam bentuk larutan atau cecair akan diagihkan terus kepada zon pemakanan pokok iaitu akar melalui satu sistem pengairan yang berjadual dan sistematik. Pada kebiasaannya sistem akan menitiskan baja yang telah disukat kandungannya dari takungan terus melalui paip-paip khas terus menitis kepada akar pokok tanaman. Keperluan Asas :
Kawasan penanaman menggunakan rumah lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah yang paling baik kerana ia akan dapat mengurangkan risiko makhluk perosak dan juga risiko kerosakan tanaman akibat hujan yang terlalu lebat kerana pokok lada atau cili adalah pokok yang agak lembut dan mudah patah. Namun untuk penanaman penanaman lada, memadai dengan memasang jaring di sekitar kawasan tanaman, namum serangga perosak perlulah dikenal pasti dan racun yang bersesuaian perlu digunakan. Penyediaan Tapak Bagi penanaman lada tapak seluas 40x70 kaki adalah sudah memadai untuk penanaman 500 pokok. Tapak perlulah rata dan tidak berbukit kerana ia akan mempengaruhi sistem pengairan yang akan dibina kelak. Tapak perlu ditutup dengan plastik Silver Shine untuk mengurangkan kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman dan ia akan membantu mengawal kebersihan kawasan penanaman. Biji benih boleh didapati daripada keda-kedai yang menjual benih lada dan ditanam ditapak semaian seperti dulang semaian plastik 104 lubang. Benih yang telah disemai memerlukan kawasan yang cukup matahari dan suhu yang sentiasa agak panas bagi tumbesaran yang anak yang baik. Siraman yang baik adalah semburan halus perlu dilakukan setiap hari menggunakan air bersih biasa tanpa sebarang nutrien kerana siraman adalah untuk mengekalkan lembapan sahaja. Benih perlu dipindahkan ke ladang setelah berumur diantara 20-25 hari. Hanya anak pokok yang sihat, subur dan daun yang sekata sahaja dipindahkan ke ladang. Sebelum Tanam
Sesudah Tanaman Penyediaan baja nutrien untuk pokok adalah aktiviti utama di dalam penanaman fertigasi. Baja untuk fertigasi adalah mudah didapati dalam bentuk serbuk Set A dan Set B.
Untuk siraman 500 pokok sebanyak 5 kali sehari kepekatan larutan nutrien adalah :
Cantasan pertama dan pembuangan tunas air perlu dibuat pada minggu ke 3 dan pokok perlu dikejutkan dengan kepekatan 1.8 mS/sm pada pertama kali siraman minggu ke 4. Cantasan ke 2 dan 3 pada minggu 4 dan 5. Setiap 4 hari semburan makhluk perosak perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan disyorkan menggunakan penggunaan racun berbeza setiap semburan. Lakukan pemeriksaan ladang setiap hari dengan kenalpasti simptom serangan penyakit, makhluk perosak, kekurangan nutrien, sistem pengairan, penapis dan sebagainya. Pungutan Hasil Hasil pertama boleh didapati setelah berumur 75-80 hari dengan warna coklat kemerahan. Tempoh pungutan hasil adalah bergantung kepada spesis lada yang cara penjagaan yang dilakukan ke atas pokok tersebut.
Maklumat terperinci dan kursus sila hubungi Prope Linke di http://linaukecil.blogspot.com.
Last Updated ( Tuesday, 14 April 2009 16:12 ) |