| Article Index |
|---|
| Penanaman Lada Secara Fertigasi |
| Pengenalan |
| Penanaman Lada |
| All Pages |
14 Apr 2009 |
Penanaman Lada Secara Fertigasi
|
Page 1 of 3
Penanaman Lada Secara Fertigasi Penggunaan kaedah fertigasi penanaman lada boleh dibuat secara intensif dan pengeluaran hasil boleh dipertingkatkan berbanding dengan cara tradisional namun bakal pengusaha atau usahawan tani perlu mendalami kaedah fertigasi dengan cukup berserta dengan tekad dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dari satu musim penanaman ke musim yang lain. Ini kerana pengetahuan teknikal fertigasi perlu dikuasai bagi mengurangkan kos "Trial & Error" sebelum teknik yang betul difahami sepenuhnya. Kebanyakkan pengusaha dan usahawan tani tanaman secara teknologi ini gagal kerana teknik tidak dipelajari dengan betul menyebabkan kos mempelajari melebihi kos pengeluaran hasil dan akhirnya terpaksa menamatkan projek tersebut. Sumbertani berpeluang untuk mengikuti Kursus Penanaman Lada Secara Fertigasi yang telah diadakan oleh Biro Pertanian dan Penternakan, Kampung Linau Kecil, Batu Pahat pada 11 April, 2009 yang sudah. Berikut adalah sebahagian daripada intipati yang didapati daripada kursus berikut. Kursus :Penanaman Lada Secara Fertigasi Anjuran : Biro Pertanian dan Penternakan, Kampung Linau Kecil, Batu Pahat, Johor. Tempat : Balai Raya Kg Linau Kecil, Bukit Pasir, Batu Pahat. Tapak lawatan : Ladang Projek Pertanian Fertigasi Kampung Linau Kecil ( PROPE LINKE ) Pengendali : En Rashid. Last Updated ( Tuesday, 14 April 2009 16:12 ) |