You are here: Home Projek Cacing Cacing Kompos

Sumber Tani

07
Apr
2009

Cacing Kompos

E-mail Print PDF
AddThis Social Bookmark Button

Pengenalan - Cacing Kompos Komersil

Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses membiak cacing untuk penghasilan vermikompos. Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.


Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki struktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok. Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok.

Spesis Cacing

Terdapat kira-kira 1500 spesis cacing di dunia. Walaubagaimanapun hanya beberapa spesis sahaja yang sesuai untuk dikomersialkan. Berikut ada 3 spesis yang sesuai untuk diternak:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).

2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.

3. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput. Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil.

Selera makan yang tajam
Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan.

Membiak dengan cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji 3 kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-4 ekor anak cacing.

Penyediaan Rumah Cacing

Penyediaan Bekas Cacing
Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing perlulah diletakkan di tempat yang teduh.

Penyediaan Bangsal Cacing

Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palungpalungnya adalah untuk melindungi cacing daripadacahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari serangan musuh.

 

Last Updated ( Tuesday, 07 April 2009 10:53 )  

Add comment


Security code
Refresh