Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses membiak cacing untuk penghasilan vermikompos. Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.
Lada atau cili merupakan salah satu tanaman yang paling menguntungkan dan mempunyai permintaan sepanjang tahun di dalam kuantiti yang banyak dan tetap. Kelebihan menanam lada dan cili adalah kerana hasil boleh didapati dengan segera bergantung kepada benih dan jangkahayat pokok yang agak lama iaitu 6 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada spesis lada atau cili tersebut dan bergantung kepada cara penjagaan pokok tersebut.
Fungsi-fungsi dan cara-cara pembajaan dan penanaman ubi kayu serta jenis-jenis ubi kayu yang ditanam. Ia juga menunjukkan cara-cara untuk membuat benih ubi kayu dan cara-cara penjagaan.