03 Feb 2010 |
Mini Maha Batu Pahat 2010 |
|
Kami berkesempatan melawat ke Mini Maha 2010 yang berlangsung di sekitar dewan jubli intan Batu Pahat pada 22-24 Januari yang lepas. Pelbagai acara telah diadakan namun kemeriahan agak terbantut sedikit disebabkan oleh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada hari kedua pameran pertanian itu berlangsung menyebabkan acara perasmian yang sepatutnya dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terpaksa dibatalkan. Pameran pertanian ini berjaya memaparkan dan memberi landasan kepada usahawan tempatan terutamanya di sekitar Batu Pahat menunjukkan produk dan barangan mereka kepada orang ramai dan secara tidak langsung memasarkan dengan harga berpatutan sempena pameran ini. Terdapat juga pelbagai produk dan barangan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardi, Pejabat Veterinar, FAMA dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang lain. Pameran pertanian seperti ini adalah amat dialu-alukan kerana ia membuka ruang kepada penduduk setempat melihat hasil dan produk dari usahawan tempatan dan memandangkan seringkali Pameran Maha yang setiap tahun di adakan di Serdang kadang-akal sukar untuk dilawati. Namun demikian agak terkilan kerana pameran sebegini yang memberi ruang kepada pengunjung menimba ilmu tidak dapat diperoleh dalam bentuk tulisan memandangkan manual dan buku-buku pertanian yang dijual oleh pihak Mardi contohnya adalah agak mahal dan dilihat pengunjung hanya mampu untuk melihat tetapi tidak mampun untuk memilikinya walaupun ramai yang teringin untuk membeli. Last Updated ( Friday, 05 February 2010 10:11 ) |